Kerjaya

Jadilah Sebahagian Daripada Kami!...


Kami adalah sebahagian daripada agency Bumiputera di Prudential memperlawa kepada yang berminat dan yang bersesuaian dengan jawatan di bawah:-

Financial Planner (Perancang Kewangan)


Manfaat: 
Basic RM1,000 hingga RM5,000
Komisyen tanpa had
Bonus tahunan yang tinggi
Peluang melancong ke luar negara
Peluang kenaikan pangkat
Membina empayar perniagaan sendiri
Income boleh diwarisi

Siapa yang layak:
Lelaki/Perempuan
SPM/Diploma/Ijazah
Umur 20 hingga 35 tahun
Mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya


KENAPA ANDA PERLU MEMILIH KERJAYA SEBAGAI PERANCANG KEWANGAN DI PRUDENTIAL BSN??

Terdapat 6 Sebab utama mengapa anda perlu memilih kerjaya sebagai Perancang Kewangan Di Prudential :
  • KELEBIHAN PERKHIDMATAN INDUSTRI KEWANGAN
  • PROFIL PRUDENTIAL BSN SEBAGAI SYARIKAT KORPORAT
  • PERKEMBANGAN KERJAYA DAN DIRI
  • SISTEM SOKONGAN YANG MANTAP
  • PELUANG PENDAPATAN TANPA BATASAN
  • GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN
  • TANGGUNGJAWAB DAN KOMITMEN

KELEBIHAN PERKHIDMATAN KEWANGAN

Apabila anda memilih untuk menjadi Perancang Kewangan, anda sebenarnya menceburi satu bidang perniagaan. Anda bebas dari tekanan  majikan di mana anda sendiri menguruskan masa dan perniagaan anda. Masa kerja sebagai seorang Perancang Kewangan amat fleksibel.  Segala usaha yang anda lakukan adalah untuk anda dan bukan majikan anda. Ia adalah satu perniagaan untuk anda sendiri dan perniagaan ini adalah satu perniagaan yang boleh diwarisi.

Dari segi pasaran, produk Takaful ini boleh dijual kepada kesemua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama berumur dari 15 hari ke 70 tahun. Selain itu, Produk Prudential BSN takaful adalah produk yang sangat komprehensif. Sebagai seorang agen anda hanya perlu berkongsi cerita kepada pelanggan tentang manfaat dan kelebihan produk yang dimiliki Prudential.

Modal untuk memulakan perniagaan ini adalah sangat minima berbanding dengan perniagaan yg lain. Anda hanya perlu menyediakan sekitar RM 300 untuk anda menduduki peperiksaan bagi melayakkan anda menjual produk BSN Takaful.  Selain produknya yang tak ada tarikh luput di mana produk-produk ini tidak akan rosak. Jadi risiko kerugian dalam perniagaan ini adalah sangat minima.

Perniagaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan sekaligus melahirkan kepuasan dalam diri anda. Satu perniagaan yang membolehkan anda mencapai apa sahaja impian dan cita-cita anda.

PROFIL PRUDENTIAL BSN SEBAGAI SYARIKAT KORPORAT

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) ditubuhkan hasil dari gabungan dua syarikat iaitu Prudential Holdings (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN), dua syarikat kewangan yang kukuh di mana masing-masing memiliki kepakaran yang tersendiri. Pada awal tahun 2006 PruBSN menerima pengesahan dariapada Bank Negara untuk menjalankan perniagaan berasaskan Takaful.

Ditubuhkan pada 1848, Prudential bermula sebagai syarikat ulung yang menawarkan insuran hayat dan perumahan di United Kingdom. Ketika ini Prudential merupakan salah sebuah kumpulan syarikat perkhidmatan kewangan terbesar di dunia. Melalui Prudential Assurance, jenama Prudential telah bertapak di Malaysia lebih dari 80 tahun. Bank Simpanan Nasional (BSN) ditubuhkan pada 1974 memiliki 9 juta pelanggan dengan kakitangan seramai 5,100 orang di hampir 400 cawangan seluruh negara. Ia merupakan badan yang tertakhluk di bawah Kementerian Kewangan.

Penggabungan ini menghasilkan struktur yang sangat bagus untuk PruBSN dengan kekuatan Prudential Assurance sebagai saluran agensi dan kehadiran BSN sebuah syarikat korporat yang menarik. Penjenamaan dan identiti yang kukuh daripada dua syarikat ini telah menjadi pemacu PruBSN dalam kemajuan industri Takaful di Malaysia.

PERKEMBANGAN KERJAYA DAN DIRI

Apabila anda memilih untuk menceburi diri dalam perniagaan ini, anda akan bermula sebagai Quality Agent. Anda perlu menamatkan latihan-latihan disamping tahap-tahap jualan yang perlu anda capai seperti apa yang telah ditetapkan Prudential. Anda tidak akan kekal sebagai agen melainkan anda mahu menjadi  agen selama-lamanya. Berikut adalah peluang perkembangan kerjaya yang ada untuk anda apabila anda menceburi bidang ini :



Setiap tahap ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Apabila anda mencapai tahap Agency Manager, anda layak untuk memiliki pejabat dan kakitangan sendiri. Segalanya akan diberikan percuma oleh prudential. Anda hanya perlu mencapai tahap-tahap yang telah ditetapkan oleh Prudential. Berapa pantas yang anda inginkan untuk mencapai tahap-tahap ini, semuanya bergantung pada diri anda. Anda tentukan berapa pantas yang anda ingin naik.

Selain perkembagan dari segi kerjaya, anda juga akan mengalami perubahan diri di mana kemahiran yang akan anda pelajari sepanjang anda menceburkan diri dalam perniagaan ini secara tidak langsung akan mengubah diri anda sendiri. Rasailah perubahan kepada diri anda selepas anda menceburi bidang ini.

SISTEM SOKONGAN YANG MANTAP

Di Prudential, anda akan dibekalkan dengan latihan dan kemahiran yang secukupnya untuk bekalan anda dalam bidang perniagaan ini. Di Prudential sendiri terdapat 5 fakulti untuk membantu anda untuk berjaya. Fakulti-fakulti tersebut adalah :

  • Sales & Financial Planning
  • Products & Technical
  • Personal Effectiveness
  • Agency Management
  • Leadership
Sokongan latihan ini akan memastikan kemajuan anda dari segi :

  • Sikap
  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Tabiat
Dengan latihan-latihan ini, secara tidak langsung anda akan berubah menjadi insan yang berkualiti. Latihan dan pengetahuan tentang produk juga akan diberikan oleh syarikat. Di Prudential terdapat 5 jenis produk untuk anda niagakan, antaranya :

  • Life Insurance
  • General Insurance
  • Investment Link
  • Unit Trust
  • Takaful
Selain itu, Prudential juga menawarkan satu skim bernama Agency Financing Scheme(AFS). AFS bertujuan untuk membantu agen-agen baru yang ingin menceburi diri dalam bidang ini. Skim ini akan menyokong anda dari segi kewangan sehingga 15 bulan. Setiap agen baru yang  berminat untuk memohon skim ini haruslah mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan Prudential. Agen yang layak boleh memohon skim ini bermula dari RM 1,500 sehingga RM 5,000 sebulan.
Selain sokongan dari Prudential, kami juga akan memberi sokongan dan latihan kepada agen-agen baru yang menyertai kami. Antaranya ialah :

  • Latihan di lapangan kerja
  • Latihan mengenai produk dan kemahiran
  • Pemerhatian dan perancangan  prestasi perniagaan
  • Menjadi pelatih dan mentor anda
  • Menunjuk ajar sehingga anda mampu berdikari dan berjaya
PELUANG PENDAPATAN TANPA BATASAN

Setiap pekerjaan atau perniagaan yang anda ceburi, anda semestinya mahukan pulangan atau pendapatan yang terbaik. Walaupun wang tidak mampu untuk membeli segala-galanya, tetapi kehidupan pada hari ini adalah satu dunia di mana segala-galanya memerlukan wang. Wang tidak mampu menjamin kebahagiaan tetapi pada hari ini, untuk bahagia anda memerlukan wang. Justeru saya ingin berkongsi satu peluang di mana anda mampu hidup sebagai seorang individu yang bebas daripada masalah kewangan. Dengan hanya bermodalkan RM 300 anda mampu memulakan perniaggan insurans ini dan anda mampu bergelar jutawan pada satu hari nanti.  Di sini saya akan kongsikan peluang pendapatan yang terhidang kepada anda sebagai agen insurans di Prudential BSN Takaful.


Cuba kita lihat gambarajah di atas ni. Gambarajah di atas ini adalah anggaran dengan kiraan seperti berikut:

Dalam sebulan ada 30 hari. Katakan lah anda bekerja 6 hari seminggu (sebab kerja sendiri, kenalah kerja kuat tahun pertama buat perniagaan). Jangan samakan dengan kerja makan gaji. Kalau makan gaji boleh kerja kuat, takkan kerja untuk diri sendiri nak malas-malas.
Berbalik kepada kenyataan  tadi. 6 hari seminggu. Sebulan ada 4 minggu. Secara purata (agen yang bekerja secara biasa)seminggu dapat 3 kes (Nota : 1 kes = 1 client = 1 policy terjual). 1 kes premium RM 150 sebulan . Komisyen untuk tahun pertama dan kedua 25%.

Secara ringkasnya :

  • 1 Bulan 4 minggu
  • 1 minggu 3 kes
  • 1 kes RM 150 sebulan
  • Komisyen  25%
Jumlah kes sebulan adalah 4 minggu x 3 cases seminggu = 12 kes. (saya ambil contoh 10 kes sahaja sebab kadang-kala  kita tak dapat seperti yang kita jangkakan.
Komisyen  25% x RM 150 (premium sebulan) = RM 37.50 utk satu kes. Kalau 10 kes = RM 375.
Nota : RM 150 adalah angggaran minima untuk saiz kes. Biasanya kita disarankan untuk menyimpan 10% daripada pendapatan.  Simpanan ini biasanya akan di simpan dalam bank, FD, ASB dan sebagainya. Tetapi kita sebagai agen insurans takaful, kita akan menyarankan prospek kita untuk menyimpan di Prudential kerana manfaat dan potensi pulangan yang ada. Jadi cuba banyangkan berapa ramai insan di luar sana yang berpendapatan RM 1500 ke atas. Jika anda memperoleh pelanggan yang pendapatan bulanannya lebih tinggi, anda boleh mencadangkan premium yang lebih tinggi. Maka lebih tinggilah komisyen anda.

Jadi,
Komisyen yang anda akan dapat :
Bulan ke-1 = Rm 375( 25% X RM 150 X 10 kes. Sila rujuk rajah di atas)

Bulan ke -2 *(Pelanggan  yang mengambil insurans akan membayar  premium setiap bulan utk tempoh yang lama. Seperti 20 tahun, 30 tahun dan sebagainya, jadi bayaran bulanan akan berjalan setiap bulan). Di tambah lagi dengan 10 kes  yang baru i.e biasa di Prudential kita panggil New Business. Berapa kita punya pendapatan bulan ke-2? Polisi yang terjual sama seperti bulan pertama di mana sebulan 10 kes. Di sini, pendapatan  kita akan naik lagi sebanyak RM 375 , Maka jumlah pendapatan pada bulan ke 2 = RM 750.

Bulan ke-3, Kita ulang benda yang sama 10 kes (New Business) dan pendapatan akan naik lagi Rm 375 menjadi RM 1125

Bulan-bulan seterusnya, pertambahan demi pertambahan setiap bulan. Lihat gambarajah.
Mungkin anda masih ragu2. Seperti yang saya nyatakan di atas. Percaya atau tidak, kami  telah  melaluinya.Dan sekarang kami mahukan ANDA melaluinya juga.
Pendapatan yang saya sebutkan ini tidak termasuk dengan bonus dan insentif yang Prudential berikan dalam bentuk Contest Cash/Challenge dan sebagainya. Baru tahun ke-2, bagai mana pula pendapatan anda pada tahun berikutnya? Berikut adalah rumusan potensi pendapatan tahunan seorang agen Prudential selama 6 tahun.

Dari segi komisyen, setiap polisi yang anda berjaya jual, anda akan mendapat komisyen seperti berikut selama 6 tahun :


Sebagai rumusan, jadual berikut adalah potensi pendapatan tahunan anda selama 6 tahun :

Macam mana nak dapat 216,000 tu?
(150 premium sebulan x 12 bulan = 1,800 untuk satu kes). Kalau 10 kes sebulan. Bersamaan 10 kes x 12 bulan = 120 cases setahun.

Total production : RM 1800 / kes  X  120 kes/tahun =RM  216,000 / tahun.
Potential bonus : 13% x 216,000 = RM 28,080.
Bonus akan diberikan 2 kali setahun, secara ringkasnya jumlah 28K tu dibahagikan kepada.Iaitu RM 14,040 akan dibayar pada 21/01 dan RM 14,040 lagi pada 21/07 setiap tahun. Jadi, bonus 6 bulan sekali. Bonus ini akan dibayar selama 3 tahun berturut-turut dengan syarat anda jaga persistency anda. Bayangkan jika anda mampu menjaga persistency anda dari tahun pertama hingga tahun ke 3, tahun ke 4, anda akan menikamati 3 tahun punya bonus iaitu 13% daripada RM 648,000 (RM 216,000 X 3 tahun). Kiralah sendiri berapa yang anda akan dapat.  Anda tak percaya? Sertailah kami dan anda akan mempercayainya.

GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN

Selain daripada pendapatan dan komisyen yang lumayan, anda juga akan menikmati pelbagai ganjaran menarik daripada Prudential. Ganjaran-ganjaran ini  akan diberikan apabila anda berjaya mencapai CHALLENGE yang ditetapkan Prudential. Antara ganjaran yang paling menarik yang ditawarkan adalah pakej lawatan percuma ke luar negara. Prudential setiap tahun menawarkan pelbagai pakej percutian kepada agen-agennya. Antara pakej percutian yang telah dinikmati agen yang cemerlang sebelum ini ialah percutian ke Gold Coast ( Australia ), Hayman Island, Rome, Hong Kong, Guiling, Beijing, Japan, Shen Zen, Dubai dan pada tahun ini Prudential menawarkan pakej percutian ke Bangkok, Pakej Umrah dan Francisco sebagai destinasi untuk dinikmati mereka yang cemerlang . Bayangkan diri anda pergi bercuti ke luar negara setiap tahun, pastinya pengalaman yang menarik bukan.

Untuk 2014, Prudential menawarkan percutian ke South Africa.
Selain pakej percutian percuma, Prudential juga menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti Ipad, Laptop, gold bar dan banyak lagi menerusi Challenge yang di adakan. Jika anda ingin tahu dan merasainya, sertailah kami. Anda juga akan diberikan pengiktirafan daripada Prudential jika anda cemerlang di Prudential.

TANGGUNG  JAWAB DAN KOMITMEN

Sebagai seorang Agen Prudential BSN Takaful, kami memerlukan anda yang komited dan yang ingin mengubah diri anda pada hari ini dan apabila anda inigin menyertai kami, anda seharusnya bersedia untuk :

  • Mengikuti peraturan yang telah ditetapkan
  • Mencapai matlamat jualan yang telah ditetapkan
  • Melibatkan diri dalam program dan latihan yang akan diadakan.
  • Memberi komitmen sepenuhnya dalam mesyuarat mingguan dan bulanan
  • Melaporkan aktiviti dan perkembangan jualan kepada ketua anda
  • Mengikuti proses-proses jualan yang ditetapkan
Jika anda memiliki keyakinan, motivasi yang tinggi, disiplin diri, bercita-cita untuk mengubah hidup anda, boleh ditunjuk ajar dan ingin menjadi seorang yang financial freedom. Sertailah kami di bawah naungan Prudential untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman untuk mengubah nasib anda. Saya di sini hanya berkongsi, kerana :

HANYA ANDA YANG MAMPU MENGUBAH DIRI ANDA.

Jika berminat, sila hubungi hantar resume beserta gambar terkini ke syedmmx@gmail.com atau hubungi 013-3808 048 (Syed Mohd Muhaimin).




0 comments:

Post a Comment