Sunday, November 16, 2014

Untuk mereka yang ditinggalkan






























HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI 

Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta...

TERJEMAHAN DARI SURAH AL-BAQARAH, AYAT 240:

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Cuba kita renungkan maksud terjemahan ayat al-Quran di atas, Allah S.W.T menyuruh para suami menyediakan sejumlah dana sekurang-kurangnya untuk perbelanjaan selama setahun jika semasa ketiadaan kita.

Mari kita renungkan, apabila kita di arahkan oleh majikan untuk keluar ‘outstation’ selama 3 hari, seminggu, sebulan berapakah jumlah wang yang kita tinggalkan kepada keluarga untuk perbelanjaan harian mereka?...

Dan bagaimana pula, jika keluar ‘outstation’ selama-lamanya??? ..dan jika ini berlaku semalam..

Adakah kita meninggalkan SIMPANAN atau BEBAN HUTANG kepada mereka?? 

Renungkanlah dan fikir-fikirkan...

Buatlah perancangan awal dengan bijaksini dan bijaksana. Memang benar ajal maut segalanya di tangan Allah S.W.T dan setiap dari kita Allah telah tentukan rezeki masing-masing kerana Allah jua Maha Pemberi Rezeki tetapi kita sunnatullah ...kita perlu berusaha, merancang  dan buat persediaan untuk ahli keluarga kita di saat kita telah TIADA kelak. Sila hubungi saya untuk khidmat rundingan @ maklumat lanjut atau hubungi 013-3808048 untuk maklumat lanjut.




0 comments:

Post a Comment